SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) SIM SIM
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Transformasi NADI merupakan susulan daripada pembentangan Belanjawan 2022 yang memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan dan membantu ekonomi rakyat.
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
|
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
|
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
|
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
|
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Portal Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sim Sim menawarkan latihan ICT dan keusahawanan secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
|
|
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
|
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
|
|
Petugas perlu melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :
PENGURUS
Nama : Sabariah Junir
Mula berkhidmat : 22 Jun 2022
Kelulusan :Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sumber Manusia
PENOLONG PENGURUS
Nama : Razmida Mohd Nur
Mula berkhidmat : 22 Oktober 2019
Kelulusan : Diploma Teknologi Maklumat