Salah satu tempat menarik yang ada di sandakan adalah “pasar sandakan” di mana terdapat pelbagai barangan kemas yang di perbuat dari mutiara. Bukan hanya mutiara, lain-lain yang terkenal di negeri ini juga adalah seperti produk kristal dan sudah semestinya hasil laut yang segar.
Pasar ini bukanlah seperti pasar biasa yang terletak di tepian jalan, tapi merupakan pasar utama orang Sandakan dan pelancong yang dimana setiap pengunjung yang datang ke Sandakan pasti akan membeli belah di pasar ini.
Bermacam-macam jualan yang ada di pasar Sandakan ini antaranya ialah sayur-sayuran, hasil laut dan buah-buahan yang segar di tingkat 1, dan barangan yang kemas mutiara,Kristal dan baju-baju ada di tingkat 2. Kalau anda nak merasa makanan tradisi orang Sabah, pasar inilah adalah salah satu lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan anda.
Lokasi Borneo Sun Bear Conservation Centre ini hanyalah beberapa minit sahaja dari Santuari Orang Utan.
Seperti namanya, di sini anda dapat melihat di secara terus dihadapan mata spesies beruang yang terkecil di dunia yang terancam kewujudannya akibat pemburuan dan pembalakan haram, beruang matahari ataupun Beruang Madu.
Disebabkan betapa terancamnya spesies ini, pusat pemuliharaan ini ditubuhkan, untuk melindungi spesies ini.
Untuk melihat beruang ini, anda sekeluarga perlu berjalan di atas papan pemerhatian yang disediakan.
Pada tahun 1945, tapak Sandakan Memorial Park ataupun Taman Peringatan Sandakan ini pernah menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun yang telah menjadikan sebilangan besar askar Australia dan British sebagai tawanan perang.
Bukan seorang dua yang terbunuh sewaktu menjadi tawanan, tetapi lebih daripada 2400 orang terkorban dan yang terselamat hanyalah 6 orang tawanan yang berjaya melarikan diri.
Kini, untuk memperingati mereka yang telah terbunuh, memorial ini ditubuhkan untuk memperingati sejarah zaman dahulu.
Rumah Agnes Newton Keith ini salah satu tempat bersejarah, pada suatu ketika dahulu adalah rumah pasangan mat saleh, Mr Harry Keith dan isterinya Agnes Newton Keith.
Reka bentuknya cukup klasik seperti rumah di kampung-kampung Melayu. Rumah yang dicat putih ini telah dibina semula oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1946 setelah dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke-2.